Jumaat, 10 April 2009

ANAK BUGIS KUALA SELANGOR

Saya Haji Raja Yunus bin Raja Suran adalah Pengerusi Persatuan Anak-Anak Bugis Daerah Kuala Selangor. Mula ditubuhkan pada 1 Disember, 2008 dan hingga kini telah mempunyai 300 orang keahlian. Ahli-ahlinya terdiri dari seluruh Negeri Selangor dan juga dari Sabah DiBawah Bayu. Permohonan keahlian baru masih dibuka, dan perancangan Perasmian akan diadakan pada penhujung Mei, 2009 jika ada rezeki. Insya'allah. Saya amat berharap apa yang dirancang dapat digapai. Setelah urusan menjadi ahli diterima, ahli-ahli akan diberi kad keahlian.
Kepada sesiapa yang berketurunan bugis (tidak kira walaupun (Bugis Jawa Johor) dan ingin menjadi ahli, adalah dialu-alukan.
Tujuan saya menubuhkan persatuan ini, adalah untuk mengumpulkan saudara mara yang jauh dan tidak dikenali untuk mengeratkan tali silatulrahim.
Keluarga saya adalah dari generasi Daeng Celak dan Panglima Raja Haji.
Kekuatan serta keupayaan darah keterunan Daeng Celak diturunkan kepada keturunan Panglima Raja Haji. Keajaibannya dengan anugerah bila berlaku pergelutan dengan kaum cina, dengan perasaan marah dan gentar telah mengengam maka terciptalah sebilah kapak dan kapak itu diberi nama kapak cina. Memperolehi ketam batu dan sebutir buntat. Saya juga ada menyimpan carta shasiah keluarga.
Borang keahlian ada dalam simpanan saya dan sesiapa yang ingin menjadi ahli boleh mendapatkan dari saya melalui talian 019-3020335 dan yuran keahlian RM5.00 dikenakan.
Alamat saya adalah No. 46 Teratak Hara, Jalan Raja Musa, Taman Malawati, 45000 Kuala Selangor.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum..saya sgt tertarik dgn penubuhan persatuan ini..dan saya telah pun mendaftarkan sbg ahli..

    harapan saya agar penubuhan ini akan bertambah luas dan mantap..dan adakan lagi program2 menarik utk mengeratkan lagi siratulrahim yg jauh dan yg dekat..
    sekian~

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan kepada ahli-ahli yang sudi mendaftar. semoga keahlian ini akan merapatkan lagi tali persaudaraan antara kita.. insyaallah.

    BalasPadam
  3. As slm.. s
    aya telah cuba menghubungi nombor seperti yang telah dimaklumkan seperti di atas.
    Mohon jasa baik tuan untuk memberi makluman terkini mengenai shgala berita mengenai Persatuan Anak-Anak Bugis. Sekian, wassalam.

    BalasPadam
  4. ap yg kami dpt dlm persatuan ini..boleh menghalang ketirisan dan masalh ekonomi especlly di selangor??

    BalasPadam