Rabu, 30 Disember 2009

Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga diatas Undangan.

Saya selaku Pengerusi Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas undangan dari Anak Bugis Skudai, Johor pada Perjumpaan Keluarga Bugis secara besar-besaran pada 31 Disember, 2009 (Khamis) ini, dan tahniah dari kami di Kuala Selangor.
Seterusnya diucapkan juga kepada semua ahli-ahli Bugis di Kampung Duyong, Melaka yang akan mengadakan Majlis Perhimpunan Silatulrahim Ulamak Waris Nabi pada 1 Januari, 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H (Jumaat) yang akan berlangsung mulai dari jam 2.30 petang hingga 12.00 malam. Semuga dengan pertemuan ini akan mengeratkan lagi ikatan Ukhwah dikalangan Ahli-Ahli Bugis Satu Malaysia. Yang jauh di dekatkan dan yang dekat dimesra-mesrakan lagi ikatan Rumpun Anak Bugis. Amin....

Daripada Pengerusi Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor.

Haji Raja Yunus bin Raja Suran dan keluarga serta anak-anak buah Bugis.