Ahad, 12 Julai 2009

BERITA UNTUK LEPASAN S.P.M

Salam buat semua anak-anak Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor.
Semuga sehat walafiat sentiasa.
Disini ingin disampaikan berita buat Anak-anak Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor Khasnya. Kepada anak-anak lepasan S.P.M yang kurang berjaya dan ingin menyambung pelajaran seperti kemahiran dan tidak / kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke perhidmatan Swasta, Pengerusi Bugis Daerah Kuala Selangor dengan berbesar hati mengalu-alukan jika ada yang berminat untuk mengikuti kursus / kemahiran yang disediakian oleh Persatuan Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor. Kemahiran adalah seperti berikut:-
Jahitan, Memasak, Penyelenggaraan Automotif, Kemasiapan Perabot, Pendawaian Elektrik, Senireka, Seni Kecantikan, Pembangunan Lanskap dan Kursus Teknologi.
Pengajian adalah ditanggung sepenuhnya. Tempat tinggal juga disediakan.
Syarat-syarat kemasukkan adalah lepasan S.P.M berusia 18 tahun dan ke atas.
Kepada yang berminat sila bawa gambar berukuran pasport 2 keping, salinan kad pengenalan, sijil berhenti sekolah dan sijil S.P.M / percubaan/sebarang peperiksaan terakhir kepada Pengerusi Bugis Daerah Kuala Selangor iaitu Tuan Haji Raja Yunus bin Raja Suran. Alamat No. 46, Teratak HARA, Jalan Raja Musa (Jalan 3) Taman Malawati, 45000 Kuala Selangor atau hubungi talian 019-3020355. Insyaallah permohonan akan diluluskan jika mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Sekian. Ayuh anak-anak muda melayu Bugis, bangunlah... sertai kemahiran yang kami anjurkan dan mudah-mudahan dengan adanya kemahiran ini akan merubah taraf kehidupan kelak. Sekian.