Ahad, 31 Mei 2009

Yuran Keahlian

Salam sejahtera wahai ahli-ahli persatuan.
Disini saya ingin memberitahu rakan-rakan seperjuangan bahawa yuran bulanan sudah boleh dibayar sekarang. Kami akan mengutip yuran keahlian sebanyak RM18.00 mulai Jun, 2009 hinnga Disember, 2009. Yuran keahlian akan dikutip 2 kali setahun.
RM3.00 sebulan.
Untuk lebih menguntungkan adalah digalakkan jika menjadi Ahli Seumur Hidup. Bayaran yang dikenakan hanya RM100.00 sahaja. Ia lebih ekonomikal.
Bayaran boleh dibuat menerusi Pengerusi, (Pengerusi sentiasa ada, dan semua orang kenal akannya) dan oleh sebab Bendahari kita duduk di Tanjung Karang. Setiap pembayaran pastikan mendapat resit.
Sekian berita untuk kali ini. Wasalam.

Khamis, 28 Mei 2009

PERANCANGAN

Assalamualaikum w.b.t kepada semua Ahli Persatuan Anak-Anak Melayu Bugis Daerah Kuala Selangor.
Salam juga dari Pengerusi Anak-Anak Melayu Bugis Daerah Kuala Selangor.
Disini ingin diberitahu bahawa ada beberapa perancangan akan dibuat. Cuma mungkin akan mengambil masa sedikit.
1. Cadangan untuk membuat Insuran Berkelompok 'TAKAFUL' kepada semua Ahli Persatuan.
2. Cadangan untuk menubuhkan Persatuan Persilatan khusus untuk Ahli-ahli Bugis yang masih belia (muda). Akan mengambil masa juga kerana perlu kelulusn pihak Polis.
Sekian untuk kali ini. Berita selanjutnya akan diberitahu dari masa ke masa.

Selasa, 26 Mei 2009

Selamat Pulang

"Selamat Pulang Ke Tanah Air" dan kami dari Anak-Anak Bugis Kuala Selangor sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor. Amin....

Apa pendapat Anak-anak Bugis Selangor tentang Hari Pelancaran dan Perasmian pada 24.05.09 (Ahad) yang lalu. Saya tahu sebagai permulaan memang terdapat kekurangan. Harap dapat diberi pendapat untuk kebaikan.