Sabtu, 4 Jun 2011

SALAM TAKZIAH.

AL-FATIHAH.
Salam takziah ke bawah DYMM SULTAN SELANGOR serta kerabat,di atas kemangkatan bonda tuanku.Sembah salam takzim daripada HAJI RAJA YUNUS BIN RAJA SURAN,PENGERUSI PERSATUAN ANAK-ANAK MELAYU BUGIS MALAYSIA,DAERAH KUALA SELANGOR serta ahli-ahli nya.Semoga rohnya dicucuri rahmat serta di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman serta orang-orang solehah.
AMIN..

Isnin, 21 Mac 2011

ANUGERAH OLAHRAGAWAN / OLAHRAGAWATI 2010

Salam 1 Malaysia...
Tahniah kepada Azizulhasni Awang dan Datuk Nicol David yang telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2010 yang unggul.
Pemilihan tersebut memang kena pada tempatnya, malangnya saya secaea peribadi amat
merasa dukacita kerana kebanyakkannya Ahli Sukan tidak diajar Istiadat Penerimaan Anugerah
tersebut. Lupa untuk menjunjung Duli ke bawah D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Dimanakah Rukun Negara yang kita laung=laungkan dan kenapa tidak diamalkan.

Sekian.

Daripada,
Peengerusi Anak-AnakMelayu Bugis,
Daerah Kuala Selangor.

Isnin, 10 Januari 2011

2010 DALAM KENANGAN

SELAMAT BELAYAR TAHUN 2010
DAN SELAMAT BERLABUH TAHUN 2011.

Ada Karibaa.... anak-anak Bugis Selangor yang disayangi dan diingati selalu,
juga salam Ada Karibaa.... anak-anak Bugis Johor.

Dibawah ini saya melabuhkan memori 2010 yang telah sama-sama kita lalui serta harungi untuk menjayakan visi dan misi demi mempertabatkan Persatuan Anak-Anak Melayu Bugis dengan jayanya.

24 Januari, -
Lawatan Encik Yahya bin Ahmad dan rombongan, selaku Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Pekan, Pahang kepada Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia di De Palma Hotel,Kuala Selangor.

5 Februari, -
Perjumpaan Ulamak dan Umarak di PICC, Putra Jaya beserta dengan beberapa orang ahli, dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib (PM)

8 Mach, -
Mesyuarat Penaja Koperasi Anak-Anak Melayu Bugis dirumah Pengerusi.

15 Mach, -
Memohon rumah kerajaan No. 314, Jalan Kelang kepada Pegawai Daerah untuk dijadikan pejabat persatuan.

25 Mach, -
Mesyuarat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (S.K.M) di Pejabat Pertanian (Latihan Jentera) di Tanjung Karang dengan beberapa AJK dan ahli.

7 April, -
Menerima jawapan permohonan rumah kerajaan ditolak oleh Pejabat Daerah dengan alasan telah diserahkan kepada pihak PKNS.

20 April, -
Mesyuarat untuk Majlis Kursus Jenazah hingga ke liang lahad bersama Pejabat Agama Islam Daerah, KualaSelangor dirumah Pengerusi.

June, -
Kursus Jenazah hingga ke liang lahad di masjid Pekan Kuala Selangor bermula dan dirasmikan oleh Al-Fadil Pegawai Tadbir Agama Daerah, Kuala Selangor dan penutupan dilakukan oleh Tuan Pegawai Daerah, Kuala Selangor.
Tarikh-tarikh kursus bermula 5 & 6 June, 12 & 13 June, 19 & 20 June, dan 26 & 27, June. 27 June adalah hari penutupan majlis.

20 June, -
Mesyuarat Agong Permulaan Koperasi Persatuan Anak-Anak Melayu Bugis Selangor Berhad di Kem Mega Kristal, Kuala Selangor. ( Balai Polis Lama, Kuala Selangor.)

16 - 18 Julai, -
Sambutan Hari Koperasi Negara di Kuantan, Pahang Darul Aman. Majlis penutupan di- laksanakan oleh Y.A.B Dato Seri Mohd Najib (PM) disertai oleh Pengerusi dan beberapa orang ahli.

23 - 25 Julai -
Lawatan ke Tanjung Pinang, Pulau Penyegat dan Batam bersama Penasihat I, Pengerusi serta beberapa orang ahli.
Matlamat:- Melawat Makam Daeng Chelak, Makam Raja Haji Fisibillilah, Makam Raja Hamidah dll., ke rumah Adat dan bersembahyang di Masjid Telor.

3 Ogos, -
Penasihbat dan Pengerusi bersama seorang ahli telah dianugerahkan Selipang dari Seni Silat Gayong Serantau Malaysia, diBalai Undang Luak, Rembau Negeri Sembilan.

Ogos (dalam bulan Ramadan) -
Pengerusi selaku Ketua Memasak bubur lambuk di Masjid Pekan Kuala Selangor. Mendapat undangan memasak bubur lambuk dari Kolej INTRA Kuala Selangor, Surau Perumahan Kampung Parit Mahang, Sekolah Menengah Agama, Batu 9, Tanjung Karang sehingga dikenali sebagai Bubur Lambuk DiRaja.

1 Oktober, -
Memohon rumah kerajaanNo. 314, Jalan Klang, kepada Y.A.B Menteri Besar.

22 Oktober, -
Menerima jawapan dari Pejabat Menteri Besar.

29 Oktober, -
Terima salinan dari Pejabat Daerah dengan kelulusan bersyarat. Bayaran sewa dikenakan RM250.00 sebulan. dan meminta bayaran pendahuluan RM750.00 sebelum memasuki rumah tersebut.

22 November, -
Pengerusi bersama seorang ahli menghadiri bengkel seharian Dispora Orang Bugis Di Malaysia dibilik Majlis Canselori di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

1 - 6 Disember, -
Pengerusi bersama AJK Masjid Pekan, Kuala Selangor mengadakan lawatan ke Hong Kong dan China. Sempat menziarahi Makam Bapa Saudara Rasullullah s.a.w.

12 Disember, -
Pengerusi dan keluarga dijemput ke Dataran Morib, Program Festival Jalanan dianjurkan oleh Majlis Daerah, Kuala Langat.

15 Disember, -
Pengerusi dan Persatuan Seni Silat Gayong Serantau Malaysia dijemput ke TV Selangor untuk wawancara Penubuhan Bugis Daerah Kuala Selangor dan juga Persatuan Silat. Sila layari laman web www.tvselangor.com dan apabila keluar, klik APA KABAR SELANGOR dan klik, Budaya Bugis, jika berminat.

28 Disember, -
Menerima Sijil Kelulusan Koperasi Anak-Anak Melayu Bugis Selangor Berhad yang telah di- luluskan pendaftarannya pada 12.12.2010. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Koperasi, hendaklah menjadi ahli terlebih dahulu.

Dicoretan ini Pengerusi dan keluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 dan berhasrat kepada semua anak-anak bugis, Berani Tampil Kehadapan serta meneruskan Wadah Perjuangan yang ditinggalkan oleh Datuk, Moyong kita, semuga mendapat kejayaan dan dirahmati oleh Allah Subhanawataala. Amin...

Pengerusi HJ RAJA YUNUS BIN RAJA SURAN,
Telefon No. 019 - 3020335.