Jumaat, 10 September 2010

Salam Lebaran 2010

Ku tangisi pemergian Ramadhan,

Dalam keinsafan dan taqwa,

Adakah Ramadhan kali ini terakhir,

Semoga yang berlaku dapat keampunan dan hidayah,

Agar Allah memberi kemaafan kepada kita semua.

Ucapan ikhlas
Selamat Hari Raya I'dilFitri
dari Pengerusi Bugis & Keluarga.

Aktivit Bulan Ramadhan 2010

Sepanjang bulan Ramadhan kali ini, Tuan Pengerusi telah bekerjasama dengan AJK Masjid Pekan Kuala Selangor telah mengadakan majlis memasak bubur lambuk. Acara memasak bubur lambuk ini diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadhan ini. Tuan Pengerusi telah menjadi ketua memasak sepanjang acara ini dijalankan.

Bubur lambuk ini yang dikenali sebagai Bubur Lambuk Diraja, Masjid Pekan Kuala Selangor telah mendapat sambutan yang luar biasa dari masyarakat setempat dan sekitar termasuk Tg.Karang dan Parit Mahang sehingga Persatuan Penduduk Rumah Murah Parit Mahang, Sek Agama Batu 10 Tg Karang dan Kolej Intra telah menjemput Tuan Pengerusi untuk menjadi ketua masak bubur lambuk di tempat mereka.

Menjadi kebiasaan di kebanyakan tempat, rakyat turun memasak untuk Raja. Tetapi pada kali ini, Raja telah turun mencemar duli dengan menjadi ketua memasak pada acara ini sepanjang bulan Ramadhan.

Harapan Tuan Pengerusi agar majlis seperti ini dapat diteruskan seterusnya dijadikan tradisi bagi menjalinkan ukhwah masyarakat Islam di Daerah Kuala Selangor khususnya dan Negeri Selangor amnya.

Lawatan ke Pulau Penyengat, Indonesia

Tarikh :
23 hingga 25 Julai 2010

Tujuan:
Menziarahi makam-makam dan bertemu dengan waris takhta yang masih tinggal.

Peserta :
Tuan Pengerusi, YM Hj Raja Yunus bin Raja Suran
YDH Dato' Penggawa Kuala Selangor, Dato' Yaacob bin Dato' Ismail
Ybhg Dr Sampol
En. Sulaiman
En. Ali
En. Razak

Peserta rombongan berlepas dari Jeti Setulang, Johor pada pagi 23 Julai 2010 dengan menaiki feri ke Tanjung Pinang. Dari Tg. Pinang kami menaiki feri ke Pulau Penyengat. Sebelum pulang, kami singgah sebentar di Pulau Batam.

Antara tempat-tempat yang kami lawati termasuk:
Makam Daeng Chelak
Makam Raja Haji Fisabilillah
Makam Puteri Hamidah
Makam Daeng Mandak
Dan Makam-Makam sekitarnya.

Kami sempat singgah ke Rumah Adat dan menunaikan solat Maghrib di Masjid Telor.

Sepanjang berada di Pulau Batam, masyarakat di sini memanggil saya Daeng Andak. Menurut masyarakat setempat, wajah saya seiras dengan Daeng Andak, waris takhta yang masih berada di sini.

-catatan dari Pengerusi Anak Bugis Daerah Kuala Selangor-

Sekitar lawatan ke Pulau Penyengat