Khamis, 21 Oktober 2010

Selamat sejahtera kepada Timbalan Penasihat Persatuan Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor.
Pengerusi, AJK dan ahli-ahli mendoakan semuga Timb.Pengerusi berada dalam situasi sehat sejahtera dan cepat sembuh dari kemalangan yang telah menimpa ke atas beliau,
Semuga diRahmati Allah s.w.t. Amin...

2. Pengerusi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Peersatuan Anak-anak Bugis Johor atas ingatan kepada persatuan kami.

3. Pengerusi mengucapkan Selamat Kembali ke Tanah air (Selangor) daripada lawatan ke Pulau Penyengat, Batam baru-baru ini. Semuga apa yang dicari tercapai, terutama lawatan ke Makam Raja Haji Fi Sabillillah, Makam Daeng Celak dan Makam waris-waris yang lain yang diketuai Penasihat iatu Dato Yacob bin Dato Hj Ismail merangkap Orang Besar Daerah Kuala Selangor.

4. Pengerusi juga mengucapkan Selamat Berangkat ke Tanah Suci Mekah kepada ahli-ahli yang dapat lambaian Kaabah pada tahun ini dan semuga mendapat Haji yang mabrur. dan selamat kembali ke tanah air dengan amannya. Amin...

5. Penasihat Dato Yacob bin Dato Hj Ismail, Pengerusi Y.M Raja Yunus Al-haj bin Raja Suran dan seorang ahli persatuan Dr Hj Mohd Sampul bin Kamaruddin telah dikurniakan selepang Persatuan Silat Gayong Se Malaysia yang ditabalkan di Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini iaitu pada 23 Julai 2010 dirumah Adat.

Dari Pengerusi Persatuan.

Jumaat, 10 September 2010

Salam Lebaran 2010

Ku tangisi pemergian Ramadhan,

Dalam keinsafan dan taqwa,

Adakah Ramadhan kali ini terakhir,

Semoga yang berlaku dapat keampunan dan hidayah,

Agar Allah memberi kemaafan kepada kita semua.

Ucapan ikhlas
Selamat Hari Raya I'dilFitri
dari Pengerusi Bugis & Keluarga.

Aktivit Bulan Ramadhan 2010

Sepanjang bulan Ramadhan kali ini, Tuan Pengerusi telah bekerjasama dengan AJK Masjid Pekan Kuala Selangor telah mengadakan majlis memasak bubur lambuk. Acara memasak bubur lambuk ini diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadhan ini. Tuan Pengerusi telah menjadi ketua memasak sepanjang acara ini dijalankan.

Bubur lambuk ini yang dikenali sebagai Bubur Lambuk Diraja, Masjid Pekan Kuala Selangor telah mendapat sambutan yang luar biasa dari masyarakat setempat dan sekitar termasuk Tg.Karang dan Parit Mahang sehingga Persatuan Penduduk Rumah Murah Parit Mahang, Sek Agama Batu 10 Tg Karang dan Kolej Intra telah menjemput Tuan Pengerusi untuk menjadi ketua masak bubur lambuk di tempat mereka.

Menjadi kebiasaan di kebanyakan tempat, rakyat turun memasak untuk Raja. Tetapi pada kali ini, Raja telah turun mencemar duli dengan menjadi ketua memasak pada acara ini sepanjang bulan Ramadhan.

Harapan Tuan Pengerusi agar majlis seperti ini dapat diteruskan seterusnya dijadikan tradisi bagi menjalinkan ukhwah masyarakat Islam di Daerah Kuala Selangor khususnya dan Negeri Selangor amnya.

Lawatan ke Pulau Penyengat, Indonesia

Tarikh :
23 hingga 25 Julai 2010

Tujuan:
Menziarahi makam-makam dan bertemu dengan waris takhta yang masih tinggal.

Peserta :
Tuan Pengerusi, YM Hj Raja Yunus bin Raja Suran
YDH Dato' Penggawa Kuala Selangor, Dato' Yaacob bin Dato' Ismail
Ybhg Dr Sampol
En. Sulaiman
En. Ali
En. Razak

Peserta rombongan berlepas dari Jeti Setulang, Johor pada pagi 23 Julai 2010 dengan menaiki feri ke Tanjung Pinang. Dari Tg. Pinang kami menaiki feri ke Pulau Penyengat. Sebelum pulang, kami singgah sebentar di Pulau Batam.

Antara tempat-tempat yang kami lawati termasuk:
Makam Daeng Chelak
Makam Raja Haji Fisabilillah
Makam Puteri Hamidah
Makam Daeng Mandak
Dan Makam-Makam sekitarnya.

Kami sempat singgah ke Rumah Adat dan menunaikan solat Maghrib di Masjid Telor.

Sepanjang berada di Pulau Batam, masyarakat di sini memanggil saya Daeng Andak. Menurut masyarakat setempat, wajah saya seiras dengan Daeng Andak, waris takhta yang masih berada di sini.

-catatan dari Pengerusi Anak Bugis Daerah Kuala Selangor-

Sekitar lawatan ke Pulau Penyengat








Ahad, 13 Jun 2010

Mesyuarat Agong Koperasi (Dalam Penubuhan)

Assalamualaikum w.b.t buat semua Ahli-ahli Bugis.
Disini ingin dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Agong (Dalam Penubuhan) Koperasi Anak-Anak Melayu Bugis Selangor Berhad akan diadakan pada tarikh, jam dan tempat seperti berikut:-
Tarikh : 20 Jun, 2010 (Ahad)
Jam : 3.00 petang
Tempat : Kem Mega Crystal, Kuala Selangor.
(Balai Polis Lama, Kuala Selangor)

Dengan itu semua Ahli Persatuan Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor adalah dijemput hadir.

Sayangilah Persatuan Anda seperti Anda Menyangi Diri Anda.

Sekian. Jumpa di Kem Mega Crystal.

Daripada:-

Haji Raja Yunus bin Raja Suran.
Pengerusi Penaja (Dalam Penubuhan),
Persatuan Koperasi Anak-Anak Melayu Bugis Selangor Berhad.
Kuala Selangor.

Selasa, 8 Jun 2010

Untuk semua ahli-ahli Persatuan Anak-anak Melayu Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor.
Masih belum terlambat untuk sama-sama menyertai Kursus Pengurusan Jenazah hingga ke Liang Lahad. Kursus berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Oleh itu marilah kita sama-sama menimba ilmu dan tuntutan kifayah.
Majlis penutupan akan dilaksanakan oleh Tuan Pegawai Daerah, Kuala Selangor pada 27 Jun, 2010 (Ahad) jam 10.00 pagi.
Oleh itu marilah kita beramai-ramai meluangkan masa untuk majlis tersebut dan semoga diberkati Allh s.w.t . Amin...

daripada:-
Pengerusi Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia Daerah
Kuala Selangor.

Jumaat, 16 April 2010

PELBAGAI BORANG

BORANG MENJADI AHLI PERSATUAN


***sila klik pada image untuk paparan yang lebih besar***
___________________________________________________________________

BORANG MENJADI AHLI KOPERASI




***sila klik pada image untuk paparan yang lebih besar***

Pra-syarat menjadi ahli koperasi:

i) Berumur 18 tahun ke atas.
ii) Mendaftar sebagai ahli seumur hidup dalam persatuan Anak Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor


Ahad, 4 April 2010


Malam begitu dingin dek hujan petang tadi, makanan dah terhidang dibelakang, bilalah agaknya break untuk makan mee tom yam tu ha... baunya lagi membuat bertambah lapau ek...jangan ingat anak bugis tak tau memasak masakan thai...

Setiauasaha Penaja Baju T merah sebelah kiri Pengerusi Penaja dan AJK sedang memberi pandangan mengenai penubuhan koperasi kepada Pengerusi Penaja (yang berkopiah puteh)

MESYUARAT PENUBUHAN KOPERASI PADA 4.4.2010

Sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Penubuhan Koperasi
Persatuan Anak-anak Melayu Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor yang
telah diadakan pada 4.4.2010 (Sabtu) malam Ahad jam 9.00 malam.

Isnin, 29 Mac 2010

MESYUARAT PENUBUHAN KOPERASI

Satu perbincangan (mesyuarat) Penubuhan Koperasi Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor akan diadakan pada tarikh 3.4.2010 (Sabtu malam Ahad)jam 9.00 malam dirumah penaja (Pengrusi Bugis)di Taman Malawati, Kuala Selangor. Kepada yang telah menerima S.M.S untuk menghadirinya adalah diwajibkan hadir demi kepentingan dan kelancaran perjalanan penubuhan koperasi kita. Kerjasama semua terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Pengerusi Penaja Koperasi.
Haji Raja Yunus bin Raja Suran.

019-3020335

Isnin, 8 Mac 2010

MESYUARAT 1/2010

Adalah dimaklumkan kepada semua AJK Penaja Koperasi Persatuan Anak-Anak Melayu Bugis Selangor Berhad.
1 mesyuarat akan diadakan pada:-
Tarikh: 12.03.2010 (Jumaat malam Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat: Rumah Pengerusi Penaja.
Kehadiran adalah diwajibkan demi kelancaran perjalanan Koperasi.
Terima kasih dari,

Pengerusi Penaja.
Raja Yunus bin Raja Suran

Isnin, 22 Februari 2010

PENUBUHAN KOPERASI

Salam buat semua Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor Khasnya dan diluar Kuala Selangor Amnya.

Ingin dimaklumkan bahawa persatuan ini telah mengadakan satu (1) mesyuarat Penubuhan Koperasi pada 21 Februari, 2010 (Ahad) dirumah Pengerusi Bugis. Mesyuarat dihadiri seramai 15 orang.

Disini dipeturunkan nama-nama yang terlibat dengan penubuhan Koperasi Persatuan Anak-Anak Melayu Bugis Kuala Selangor Berhad (KOBUGIS).

1. Penasihat Penaja YDH Dato' Dr. Haji Yusoff bin Hassan,
2. Pengerusi Penaja YM Tuan Haji Raja Yunus bin Raja Suran,
3. Setiausaha Penaja Puan Hjh Kamshinah bt. Hj Aziz
4. Penolong Setiausaha Penaja Encik Aemierul Rizaki bin Rambli
5. Bendahari Penaja Encik Sulaiman bin Mohd Taib

10 orang AJK Penaja terdiri dari,

1. YM Raja Senai bt. Raja Yaakub
2. Tuan Syed Ismail bin Syed Mohd
3. Encik Zainuddin bin Abu Amal
4. Encik Muhammad Rafie bin Zainuddin
5. Encik Shah Khairuddin bin Abd. Majid
6. Encik Abu Samah bin Othman
7. Cik Siti Nadila bt. Shaharon
8. Encik Muhammad Suhaimi bin Zainuddin
9. Encik Mohammad Radzi bin Jaafar
10. Encik Ab Ghapar bin Mohd Yasin

Fees untuk memasuki Koperasi tersebut adalah RM20.00 seorang.
Wang Pelaburan RM100.00 setiap seorang (RM1.00 untuk seunit)
Jumlah kesemua RM120.00 tunai.
Tempat adalah terhad. Hanya 100 orang pertama adalah layak untuk menyertainya.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Pengerusi Penaja 019-3020335

Khamis, 11 Februari 2010

BULETIN BUGIS

Assalamualaim w.b.t untuk semua anak-anak Bugis tidak kira dimana berada dan semuga sehat semuanya.
Disini ada 2 makluman untuk para pembaca bugis yang budiman.

i. Satu Taklimat anjuran Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)dengan Kerjasama Suruhanjaya
Koperasi Malaysia dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad telah diada-
kan di Pusat Latihan Jentera, Pertanian Tanjung Karang. Pengerusi dan seorang
AJK telah menghadirinya, Program bermula jam 8.30 pagi hingga 1 tengahari.
Antara lain dalam program tersebut ialah bagaimana caranya untuk menubuhkan
Koperasi. Marilah sama-sama kia berdoa agar cita-cita Pengerusi dan AJK
untuk menubuhkan Koperasi Anak-Anak Bugis Daerah Kuala Selangor(KOPAGIS) akan
menjadi realiti dan bukannya hanya mimpi disiang hari.

ii. Pengerusi Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor bersama ahli-
ahli bugis yang telah terpilih telah menghadiri Majlis Bersama Ulama'dan Umara'
di PICC, Putrajaya pada 5 Februari, 2010 (Jumaat) yang dirasmikan oleh
Dato'Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak - PM kita. Syabas diucapkan pada
keperihatinan PM kita kepada Qari dan Qariah Malaysia yang telah menaikkan nama
Malaysia diberi imbuhan selagi hayat dikandung badan sebanyak RM2,000.00 sebulan.
Amin...

Selasa, 2 Februari 2010



Sebanyak 3 helai kain rentang pemberitahuan telah dipasang untuk pengetahuan ahli-ahli persatuan. 1 di Ballroom De Palma Hotel, 1 dipersimpangan Teluk Piah dan 1 di pekan lama Kuala Selangor. Baca atau pun tidak terpulanglah kepada keperihatinan ahli-ahli dan penduduk di Kuala Selangor, kerana keperihatinan itu lebih penting dalam segala hal. Tidaklah seperti kata pepatah, (kita tidak boleh mengharapkannya)yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang. Kalau itu sikap kita, tidak tahulah apa-apa yang berlaku disekitaran dan kita ini diibaratkan seperti katak dibawah tempurung. Ada iklan baru yang digantung tidak mahu diambil pusing untuk mengetahui apakah siarannya itu. Betul tak?


Buku Aturcara Majlis Jalinan Mesra


Walaupun terpaksa memangku bayi selama 3 jam, tetapi disebabkan semangat bugis yang kuat, ibu muda ini dengan senyuman manisnya sanggup meriba bayi yang agak besar tubuh badannya. Penat juga ooii..


Bergambar kenangan sebelum keberangkatan pulang Encik Yahaya bin Ahmad selaku Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Pekan, Pahang.


Bersantai sambil menunggu ketibaan yang dirai. Dato' Penggawa Permatang, Kuala Selangor selaku Penasihat Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia Daerah dengan penuh semangat menceritakan sesesuatu kepada Pembaca Doa kita (yang berbaju batik merah)


Yang berkemeja putih (lengan pendek)ialah Dato' Basri bin Haji Sulaiman, yang bersebelahan dengan Encik Yahaya bin Ahmad ialah salah seorang P.A Dato' Sri Mohd Najib - Perdana Menteri Malaysia.


Ketibaan Encik Yahaya bin Ahmad disambut oleh Pengerusi Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor.

Khamis, 28 Januari 2010



Ini ialah Setiausaha Majlis Jalinan Mesra, segala urusan diuruskan sendiri. Tak sangka dapat gak cenderahati kenangan. Terima kasih kepada Pengerusi.


Encik Yahaya bin Ahmad menerima cenderahati sebagai kenangan dari Dato'Penggawa Kuala Selangor sambil diperhatikan oleh Pengerusi Bugis kita.


Inilah wajah-wajah pemuda Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor yang begitu bersemangat sekali, menunggu hingga selesai acara. Syabas...


Encik Yahaya bin Ahmad, Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Pekan, Pahang, yang diraikan memberikan ucapannya dan didalam ucapan beliau tiada pun berunsurkan politik.


Pengerusi Bugis sedang memberi ucapan yang begitu bersemangat sekali.


Pengerusi Anak-Anak Melayu Bugis Daerah Kuala Selangor bersama Encik Jakiran bin Jacomah Penyelaras DUN Bukit Malawati, Kuala Selangor.

TAKZIAH

Sembah Takziah kepada D.Y.M.M Sultan Ibrahim dan kaum kerabat Johor Darul Takzim daripada Pengerusi Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor, Haji Raja Yunus bin Raja Suran di atas kemangkatan Sultan Iskandar pada 22 Januari, 2010 yang lalu, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang-orang yang salih.
Amin.

Ahad, 24 Januari 2010

TERIMA KASIH DI ATAS KEHADIRAN.

Saya selaku Pengerusi Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang hadir bersama didalam rancangan Jalinan Mesra yang diadakan pada 24.01.2010 (Ahad).
Syukur dan bangga kita telah bersama-sama menyambut kedatangan Encik Yahaya bin Ahmad, Setiausaha Kerja UMNO Bhg. Pekan Pahang dan juga Setiausaha Perdana Menteri kita iaitu Dato' Basri bin Haji Sulaiman.

Dengan cuaca yang begitu indah dan di dewan yang gah dan kehadiran ahli-ahli semua saya berasa amat bertuah kerana baru ditubuhkan kira-kira 8 bulan telah menerima kunjungan dari wakil pembesar negara. Oleh itu marilah kita sama-sama mengekalkan ikatan ukhwah kita.

Hidup dan Majujaya anak-anak melayu Bugis Daerah Kuala Selangor. Amin.

Ikhlas dari Pengerusi.

Ahad, 17 Januari 2010

JALINAN MESRA

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Persatuan Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor akan menerima kunjungan daripada Setiausha Kerja UMNO Bahagian Pekan,Pahang, Y.Bhg Encik Yahaya bin Ahmad dibawah pimpinan Y.A.B. Dato'Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Kunjungan tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 24 Januari, 2010 jan 2.30 petang bertempat di Ballroom De Palma Hotel Kuala Selangor. Juga pada hari tersebut akan dibuat pembentangan untuk menubuhan Koperasi Anak-Anak Bugis Daerah Kuala Selangor.
(Insyaalah). Kepada Anak-Anak Bugis Malaysia Daerah Kuala Selangor yang ada membaca ruangan ini dan mempunyai kelapangan waktu adalah dijemput hadir. Tempat adalah
terhad.
Marilah sama-sama kita berdoa agar apa yang diatur pada hari tersebut diberkati Allah s.w.t dan berjalan dengan lancar. Amin..

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-3020335 - Pengerusi.